Mesti korang terpikir apa plak yang aku merepek nie... Hakikat hidup yang sebenar... Takkan ada seorang pun yang tahu apa bakal berlaku.
Nampak tak???
Bukan nak mengaibkan sekadar berkongsi sesuatu yang diceritakan abang polis pagi tadi....
1) Remaja berumur 14 tahun dirogol beramai-ramai oleh kawan kepada sang kekasih.
2) Remaja yang menunggu keputusan SPM dikenal pasti mengandung 3 bulan.
3) Remaja yang berusia 14 tahun sering lari rumah akhirnya didapati hamil.
SEE?? I HAS TOLD YOU RIGHT!
Kenapa semua tu boleh berlaku.. Aku pernah tanya kat abang polis yang aku kenal sekarang.
" Betul ke bila kita bercinta bermakna kita harus berikan segala-galanya termasuk harga diri seorang wanita dan majoriti adalah pelajar sekolah.
Sesungguhnya aku tak sanggup nak dengar cerita-cerita macamtu dan aku pernah menjadi seorang yang bernama pelajar."
Abang polis jawab :" Ia sebenarnya bergantung pada diri sendiri kerana keputusan yang dibuat memainkan peranan dalam diri seseorang, bukan pelajar sekolah saja yang ada kes macam nie, orang dewasa pun turut memegang rekod yang sama. Pelajar sekolah lebih mudah terjerumus mungkin disebabkan perasaan seronok berkawan atau dibelai sang kekasih yang memuncak."
Aku tak ingin lihat pelajar yang sebegitu muda hancur dengan cepat. Mereka belum dapat menemui dunia luar yang sebenar. Dan aku berharap takkan ada kejadian sebegitu berlaku dekat diri aku atau ahli keluarga. Bersyukurlah aku dan Mohd Hafib (abang polis) sama-sama dilahirkan sebagai anak bongsu.
Itu merupakan bonus untuk aku kerana mendapat lebih banyak perhatian dari mak dan ayah.
Remaja yang baru meningkat naik, ingat lah adik-adik.. Keseronokkan yang awak semua dapat sekejap saja. Apabila telah dapat hasilnya, percayalah kamu semua takkan dapat berhadap dengan kejadian kehidupan yang selanjutnya. ALLAH ITU SATU, DIMANA PUN KITA BERADA/LAKUKAN, DIA ADA. Berseronok ingatlah pada padahnya.
NASIHAT TOK DIRI AKU DAN SEMUA YANG MEMBACA.
http:// luvyounggenerations.blogsport.com


No comments:
Post a Comment